THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 27 Disember 2009

PETUA2 MEMBUAT KEK

Usah serik bila kek yang dibuat tak menjadi

Telor
Bahan yang penting kerana ia adalah struktur produk yang bakal anda buat. Berat telur memainkan peranan. Untuk mendapatkan anggaran yang tepat, pecahkan telur dan timbang. Dengan cara ini anggaran yang diperlukan boleh diperolehi dengan tepat.

Tepung
Pastikan tepung diayak supaya ringan dan bahagian yang bergentel dapat dikeluarkan kerana ia adalah salah satu penyebab kek menjadi berat. Tetapi jika anda menggunakan tepung "premix" (tepung yang telah dicampur bahan bahan lain), ia tidak perlu diayak.

Lemak
Lemak ditakrifkan sebagai mentega, majerin, crisco (lemak sayur) atau suet (lemak dari lembu). Hanya guna apa yanag dicadangkan. Kadangkala kita menukar lemak mengikut suka hati, umpamanya menggunakan majerin walaupun apa yang tertera dalam bahan ialah mentega.

Ini harus dielakkan. Menggunakan mentega menghasilkan produk yang lebih baik tetapi teksturnya mungkin kering sedikit manakala menggunakan majerin pula akan menghasilkan produk yang lembap tetapi rasa yang tidak begitu memuaskan. Crisco dan suet adalah lemak yang lazimnya digunakan untuk membuat biskut ataupun puding, jadi elakkan daripada menggunakan lemak ini apabila anda membuat kek.

Cara memukul dan membakar kek
Ini bergantung kepada jenis kek yang dibuat.

Kek span dan kek syifon memerlukan bahannya dipukul dengan laju untuk mendapatkan adunan yang ringan sementara kek buah atau butter cake memerlukan bahannya dipukul dengan perlahan kerana jumlah lemak yang digunakan banyak.

Jika dipukul terlalu laju, telur dan lemak akan "berpisah", Satu cara untuk mengelakkan ini ialah dengan mencampakkan sedkit tepung ketika bahan dipukul.

Masalah yang dihadapi ramai semasa membuat kek buah ialah sama ada kek terlalu kering, kurang lembut atau buah2an yang digunakan tenggelam ke bawah.

Apa yang anda harus buat ialah rendam buah2an yang digunakan dalam jus oren selama tiga hari sebelum digunakan. Toskan buah2an sehari sebelum diperlukan kemudian gaulkan dengan sadikit tepung. Ini dapat menyelesaikan masaalah yang lazim dihadapi berkaitan dengan kek buah
(petua2 ni aku copy dari blogger2 yg arif hehe....)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...