Salam..
Aku kembali lagi...tetiba nak tulis mengenai tajuk ni...setelah lama menyepikan diri....Bukan merajuk diri tapi merajuk hati....hati yang luka akan tetap sembuh tapi parutnya akan tetap ada.....ok aku akan sambung nukilan seterusnya.....
Dalam kehidupan, kita sebagai seorang insan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan... Bila kita sedar bahawasanya kita telah melakukan kesilapan, kita seharusnya cepat - cepatlah memohon sebuah keampunan dan kemaafan... Insyaallah, semuanya akan kembali seperti sediakala selepas itu...
Walaubagaimanapun, kadangkala sukar bagi seseorang itu untuk memaafkan individu tersebut terutamanya jika kesalahan yang dilakukan sangat besar... Kadangkala, kita masih terbawa - bawa permainan emosi itu sendiri walaupun kesalahan yang dilakukan telah bertahun - tahun lamanya...
Perbuatan memohon maaf dan memberi sebuah kemaafan itu adalah sangat mulia... Namun, kemaafan itu perlulah diberikan kepada mereka yang benar - benar ikhlas ingin mendapatkannya... Ini kerana, sebuah kemaafan itu adalah sangat mahal dan bernilai.
Untuk menjadi seseorang yang pemaaf, kita perlulah banyak bersabar... Ini kerana mereka yang lebih sabar akan lebih mudah untuk memaafkan dan melupakan setiap kesilapan yang dilakukan...
Mereka yang ingin memaafkan seseorang juga perlulah menghilangkan setiap perasaan benci dan dendam dalam diri mereka... Jangan sesekali membalas perbuatan jahat mereka kerana ia pasti akan memburukkan lagi keadaan...
Kemaafan perlulah diberi dari hati yang ikhlas... Mungkin untuk kali pertama, ia agak sukar untuk memaafkan individu tersebut tetapi, percayalah, lama kelamaan, perasaan marah itu akan hilang sedikit demi sedikit dan kemaafan yang datang dari hati yang ikhlas dapat diberikan...
Jadi, sama - samalah kita berusahalah untuk menjadi seorang insan yang pemaaf... Sedikit sebanyak, aku turut mengingatkan diri ini... aku akui kadangkala agar sukar untuk memberi sebuah kemaafan tetapi aku percaya siapalah diri ini untuk tidak memberikan sebuah kemaafan... Semoga dengan kemaafan yang diberi mampu menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya... Insyaallah..
Ahad, 15 Mei 2011
MENJADI INSAN YANG PEMAAF
Dicatat oleh innanaim di 3:49 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan