THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 16 Disember 2011

PAI TEE.....



Assalamualaikum,

Entry kali ni aku nak bercerita mengenai "PAI TEE"....Sebelum ni pantang je klu pergi makan di mana-mana restoran nasi ayam yang ada menjual pai tee makanan itu dululah yang akan diorder oleh aku...walaupun nampak ayam golek sekali pun aku akan menolak....tudiaaaa punyalah suka sangat konun. Bagi aku pai tee ni walau dimakan banyak sekali pun tidak akan mengemukkan....acece petua akulah kalau mau kurus cepat....

Bercakap pasal membuat pai tee ni mengkalu tiada acuannya tidak akan menjadi jugakan. So pada hari minggu dengan ditemani oleh bberapa member melekat aku kami meredah jalan raja bot, berdekatan dengan chow kit. Walaupun aku selalu ke kl kawasan disitu jarang pulak aku pergi kerana kesesakan yg melampau boleh sakit perut dibuatnya. Tapi demi memenuhi naluri nk belajar juga aku redah je memandangkan harga barang2 amatlah murah beb.....Akhirnya berjayalah aku membeli sebatang besi berbentuk topi.....hehehe

Bahan-bahannya :-
KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee

INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
Sos pencicah

UNTUK KULIT PAI:
1. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
3. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
4. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
5. Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

UNTUK INTI:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
2. Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
3. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.

Untuk pengetahuan korang resepi ni pun aku korek2 dlm internet je...setakat ni apa yg buat menjadi je....so selamat mencoba klu tak jadi buat lagi jgn putus asa....

Khamis, 15 Disember 2011

BUNGA PARI



Hari ni aku kembali hendak menulis setelah sekian lama blog aku seolah-olah diblog.....sapa lah punya kerja tu ya...

Kali ni aku hendak bercerita mengenai khasiat "BUNGA PARI". Mesti korang pun belum pernah dengar atau melihat objek inikan.....Mari kita sama2 share akan khasiatnya. Mendengar cerita khasiatnya amat elok untuk kita para wanita.....eham ehammmmm


Ni antara khasiat bunga pari :

~ Kurangkan sakit urat, lenguh-lenguh badan
~ Memelihara tenaga selepas penat bekerja
~ Kurangkan masalah kebas-kebas kaki
~ Menguatkan tenaga batin
~ Kurangkan tekanan Darah Tinggi
~ Elakkan sakit kepala
~ Bagus utk mereka yg selalu pitam-pitam
~ merawat kencing manis (peringkat awal)
~ melancarkan perjalanan air kencing kita
~ merawat batu karang
~ menguruskan badan
~ merawat gastrik
~ mengurangkan lemak & angin dlm badan
~ Kurangkan penat/lelah/asma
~ Baik utk wanita lepas bersalin
~ merawat buasir
~ mengelakkan sembelit



Taraaaa....... nilah yang dikatakan "BUNGA PARI"...Masalahnya benda ni hanya banyak terdapat di Langkawi, Kedah....gitu kisahnya.....Sesekali kita belajar kisah2 herba ni apasalahnyakan.......hehehe

Selasa, 18 Oktober 2011

JAMU KUNYIT ASAM.....



Dua tiga hari ni badan aku rasa sengal-sengal je. Tambah2 bila bab bangun pagi malas sungguh. Pagi ni sebelum sampai di ofis sempat aku singgah di Kedai Aceh untuk membeli jamu paket Kunyit Asam. Sebelum ni aku jarang meminum jamu serbuk kerana rasanya yang pahit dan agak memualkan. Selalunya aku lebih suka memilih jamu yang telah dikapsul agar lebih senang ditelan.

Sambil membeli tadi sempat juga minah endon tu bercerita mengenai khasiat jamu tersebut....rasanya x payahlah aku ceritakan lebih2 sapa yang minum je yang tahu khasiatnya.....klu nk minum gi jelah cari di mana2 kedai.....hehehe jemput minum...mak oiiiiiiiiiii pahitnye.....hehehehe

Isnin, 17 Oktober 2011

JOM BUAT SOMTAM



Salam semua....Dah lama x entry blog aku ni.....mungkin dah bersawang agaknye....Maklumlah mood menulis ni bila datang je bertubi2 idea yang keluar. Kalau datang otak karat nak mengarang apapun tak terkeluar idea rasanye....hehehe

Pagi tadi sebelum keluar ofis sempat juga membelek pokok mangga yang sedang berbuah di halaman rumah. Walaupun kali ni tidak berbuah lebat tapi dapatlah juga aku merasa daripada di petik oleh abe monkey yang selalu mengintai. Bila tengok je buah muda tu terus terliuar. Terus aku terfikir rasanya kalau yang muda itu di buat somtam sedap jugakan. Ni makanan feveret aku sejak dulu…Asal ke pasar karat shah alam pasti aku akan singgah digerai somtam. Somtam ni berasal dari negara Thailan. Kalau disini dipanggil kerabu mangga. Resepi "SOMTAM" ni aku copy dari laman internet. Pada kkwn yang dirumah kalau xde buah mangga boleh juga digantikan dengan buah betik.....Ok jadi cikgu masak2 ler pulak aku hari ni.....hehehehe




"RESEPI SOMTAM"

Bahan-bahan :
1 biji betik muda, hiris memanjang, ketepikan
1 biji mangga muda, hiris memanjang, ketepikan
2 sudu makan kacang goreng – tumbuk kasar.
2-3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu teh gula
1 biji buah tomato, belah 4

Bahan tumbuk :
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada merah/ lada api – tambah lagi jika mahu pedas
1 sudu teh udang kering, rendam air panas sampai kembang

Cara penyediaan :

Tumbuk bawang putih, lada dan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kacang goreng, betik dsn mangga muda. Gaul hingga sekata.
Tuangkan sos ikan, air limau nipis, gula dan tomato
Kacau hingga mesra dan sajikan segera.

SELAMAT MENCUBA.....

Khamis, 22 September 2011

~ JENG2....JOM BERCUTI.....~


Salam semua,

Kembali memeriahkan blog sendiri lagi....menulis dan bercakap sorang2 dan menaip mengikut kata hati. Bulan depan dan seterusnye sehingga penghujung tahun masaku dipenuhi dengan bercuti. Bagi aku dengan bercuti dapat menghilangkan keletihan setelah penat bekerja sepanjang tahun. Tambahan pula aku ni mamang berminat berjalan-jalan ke negara lain sambil menghayati culture kehidupan mereka. Tapi tempat yang hendak aku lawati tu mestilah memenuhi kehendak aku. Kalau boleh biarlah ada tempat shopping barulah happening sikit....kuikui.

Memandangkan percutian aku diuruskan oleh sendirian berhad dan di organise oleh sapa lagi kalau bukan haku.....ni semuanya dibuat mengikut kemampuan aku. Mana2 yang agak sangsi tu aku cuma survey di internet. Setakat ni semua tiket flight ke destinasi sudah pun dibeli termasuk dengan penginapan sekali. Selalunya aku lebih selesa bercuti bersama kawan2 dari bercuti bersama family kerana tak perlu nk fikirkan hal anak2...macam org bujangkan..betapa seronoknye....hehehe. Baru2 ni pun wife boss mengajak aku ke negara Korea utk bercuti bersama beliau...alahai tahu2 jelah kalau bercuti bersama datin mau fening nk melayan....pandai je aku memberi berbagai alasan....jahatkan aku ni... so klu sapa2 ada yang berminat nk mengikut pakej percutian aku tu kenalah berbaik2 dengan aku...hehehe gurau petang.....jom kita bercuti.....

Sabtu, 17 September 2011

~ Kek Kukus Coklat Moist....~


Walaupun hari ni aku ada byk jemputan open hse.....satu pun aku tak pergi...terukkan..ginilah perangai aku kalau dah malas, kepala pun berat ajaklah macamana pun ada je alasan lapuk yang aku kasi...mungkin lepas ni orang pun tak hingin nak ajak aku lagi.....hehehe. Bagi aku yg bekerja rasanya waktu cuti macam nilah aku lebih selesa duduk dirumah sambil melayan anak-anak dan suami. Tengah baik punya rilex balqis dah kuarkan tepung kek minta aku buatkan kek kukus coklat. Mau tak mau aku tetap buatkan juga demi memenuhi selera anak-anak....

Resepi Kek Coklat Kukus aku ni simple je tapi rasanya memang sedap. Tak perlulah ke kedai kek hanya sekadar nak makan kek coklat baik buat sendiri kerana bukan susah sgt...dan amatlah mudah dan senang especially bagi yang tak berapa pandai sangat memasak macam aku ni hehe.....Setiap kali aku buat anak-anak selalu puji sedap kek mama.....

So sapa2 yang rasa nak resepi tu silalah inbox yea....bukan jual mahal takut korang punya resepi lagi best.....hehehe

Khamis, 15 September 2011

~ Kecantikan Wanita....~


Bila disebut perkataan cantik sudah sinonim akan dikaitkan dengan wanita...semua wanita akan teruja termasuk aku juga. Berbagai produk yang ada dipasaran telah diiklankan dengan tujuan untuk menarik perhatian para wanita membeli produk tersebut. Bila disebut harganya ada yang sanggup berhabisan bukan setakat ratusan malahan ribuan pun ada yang sanggup asalkan apa yang diinginkan menjadi kenyataan. Kadangkala bila difikirkan betapa ruginya andai wang tersebut kita labur atau simpan di unit amanah tentulah berganda-ganda hasilnya. Itu dari pandangan luaran mengenai kecantikan wanita.

Apa yang aku nak sharekan bersama disini....sedikit ungkapan kecantikan wanita dari sudut yang berbeza. Kecantikan wanita bukan terletak pada wajahnya yang ayu dan jelita, bukan pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya tetapi kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang, pada kecantikannya yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu serta kecantikan pada budinya yang luhur yang sanggup menghadapi dikala kesusahan mendatang....itulah kecantikkan sebenar-benarnya seorang wanita solehah.......

Rabu, 14 September 2011

~ PENAWAR BISA DIRI......~


Kelebihan Bismillah 5

Cara mengamalkan bismillah 5:-

Ambil segelas air, baca bismillah 5 ini kemudian hembus ke air itu dan minum. Insyaallah penyakit akan berkurang.

Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un 'alim

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Mari kita amalkan......Insyaallah

~ Bikin Jamu sdiri....~


Entah kenapa malam2 ni aku nak entry pasal "JAMU" pulak...... Sudah menjadi kebiasaan setiap mlm aku pasti aku meminum jamu pasang siap...dlm erti kata lain jamu yang telah dikapsulkan....Kalau nak bercerita mengenai jamu ni rasanya tak semua wanita masa kini yang berminat untuk meminum jamu. Kebanyakkannya lebih senang mengambil vitamin untuk kesihatan diri. Sebenarnya khasiat jamu ini tidak kurang hebatnya. Sebelum tu aku nak maklumkanlah yang aku ni bukan penjual jamu yea....hehehe

Sebenarnya kita boleh membuat sendiri jamu yang kita perlukan. Banyak bahan-bahannye yang digunakan memang barang yang kita dapati di pasar2 tani seperti halia, kecur, serai, kunyit, bawang merah, bunga cengkih, beras, limau dan daun sireh.

Bahan-bahan yang sentiasa kita beli untuk kegunaan harian ini ada khasiat yang boleh dimanafaatkan menjadi bahan jamu. Umpamanya halia boleh memanaskan badan dan menghilangkan angin; serai boleh dicampur dengan sireh untuk menghilangkan bau badan; dan kunyit boleh menghilangkan gatal serta menyembuhkan luka.

Barang keperluan seharian mudah dijadikan jamu dan boleh dimakan/minum secara teratur untuk mengatasi masaalah atau menjaga kesihatan badan. Kita hanya tinggal menumbuk atau mengisarkannya dan diamal makan/minum setiap hari mengikut keperluan. Ini adalah lebih baik kerana kita buat sendiri secara segar dan tidak mempunyai bahan awet.

So selamat mencoba......eham eham....

Selasa, 13 September 2011

~ Redha menerima ketentuan.....~


Salam semua..
hari ini lambat skit aku nak meng"update" blog ini...al maklumlah dari pagi sibuk menguruskan anak...sbil2 tu ada masa yang terluang sempatlah aku menziarah sahabat2 yang tinggal berdekatan.....masa cuti yg ada eloklah dimanafaatkan....

Kali ni aku hendak bercerita mengenai "Redha" atau dalam erti kala lain pasrah yang sempat aku baca dan mahu dikongsi bersama pembaca blog. Bagiku petikan ini amat menarik dan menjadi pengisian yang amat hebat pada sesiapa yang memahaminya secara mendalam.

Redha bermakna menerima semua suratan takdir dan ketentuan Allah dengan senang hati, ikhlas, lapang dada, bahagia, tanpa merasa kecewa atau marah. Walaupun ketentuan Allah tersebut tidak sesuai dengan keinginan kita dan kadang membawa kita pada kesedihan. Realiti kehidupan memang ada yang membawa kita pada kekecewaan dan kesedihan. Tapi kalau kita redha menerima semuanya dan mengembalikan semua kejadian pada Penguasa Segala Kejadian (Allah), maka kita akan terbebas dari rasa kekecewaan dan kesedihan hingga kita pun mampu berlapang dada menerima kenyataan hidup, redha menerima ketentuan-Nya. Kerana sesungguhnya, tidak ada ketentuan-Nya yang buruk, semua pasti ada hikmahnya, hanya saja memang kadang perlu waktu bagi kita untuk memahami, hikmah apa yang terkandung dalam setiap ketentuan-Nya.

Namun kadang ada orang yang salah persepsi dalam memahami redha dengan suatu pengertian pasrah tanpa usaha. Padahal menyerah pasrah dalam suatu keadaan, yang berupa pasrah secara total tanpa usaha sama sekali, tanpa ikhtiar sedkitpun untuk mencari jalan keluar, adalah pemahaman yang salah dari redha kerana bukan bererti menerima begitu saja segala hal yang menimpa kita tanpa ada usaha sedikit pun untuk mengubahnya.

Jadi, redha menuntut adanya usaha aktif, dan itu sangat berbeza dengan sikap pasrah yang menerima kenyataan begitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Walaupun di dalam redha terdapat makna yang hampir sama dengan pasrah yaitu menerima dengan lapang dada suatu perkara, namun dituntut adanya usaha untuk mengubah kondisi yang ada, misalnya saat kita sakit, kita wajib berusaha dan berikhtiar untuk sembuh dengan cara berubat.

Mudah-mudahan setelah kita mengetahui perbezaan pengertian antara redha dan pasrah, kita tidak akan lagi salah persepsi dalam memahaminya dan semoga kita mampu menjadi hamba-Nya yang redha dalam menerima segala ketentuan takdirnya......amin....

Ahad, 11 September 2011

~ Tip menghadapi peperiksaan.....~


Lagi 2 hari Balqis akan menghadapi peperiksaan UPSR. Aku pun turut merasa debaran dup dap dup dap..... Tambah pula hari ni Balqis kurang sihat dan sudah dibawa ke klinik untuk mengambil antibiotik bagi mengelakkan penyakit berlarutan...

Bila disebut peperiksaan perasaan ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, setelah dibelek2 dlm internet aku terjumpa sedikit petua untuk dikongsi bersama..

Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:

Al-Fatihah 7 kali
Selawat 7 kali
Subhanallah 44 kali
Alhamdulillah 44 kali
Allah hu Akbar 44 kali
Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”


Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut. Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan.

Semoga dengan petua untuk anak2 kita yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan.

Jangan risau2 yea.....insyaallah pasti ada jalan sekiranya kita berusaha.....

Jumaat, 9 September 2011

~ Cermin Diri ~


Di pagi yg serba dingin ni....biarlah aku menconteng sidikit motivasi diri untuk kita bersama......maklumlah hari ni banyak undangan open hse yg perlu dipenuhi..jadi sblm pergi aku masih melepak depan lappy....Dari pandangan sudut mata pena Kisah Cermin diri ni menarik juga untuk kita selami dan hayati....

Dikisahkan, ada seorang pemuda yang sedang mengalami masalah bertubi-tubi. Rumah tangganya tidak tenteram. Bersamaan dengan itu, dia juga mengalami masalah di pejabat sehingga dia harus berhenti kerja.

Pada suatu waktu dia berpikir dan menghalusi diri. Apa yang salah dengan hidupku? Mengapa aku terus gagal? Bagaimanakah caranya untuk merubah kegagalan dengan kejayaan? Dia mula mencari jawapan atas pertanyaanya itu dengan pergi ke kedai buku dan membeli buku-buku yang dianggapnya mampu memberi jawapan. Setelah beberapa buku habis di baca, dia merasa tidak puas dan masih belum menemui jawapannya. Tiba-tiba timbul inspirasi di fikirannya, kenapa aku tidak menanyakan terus saja ke penulis buku-buku itu? Maka ditemuilah si penulis buku.

Setelah menceritakan semua kegagalan yang dialaminya, dia berkata, “Tuan penulis, tolong ajarkan kepada saya, rumus dan cara yang boleh membuatkan saya berjaya”. Si penulis pun menjawab, “Kalau anda membaca buku saya dengan teliti, dan menjalankan dengan nyata , tentu akan ditemukan cara-cara menuju kejayaan” Si penulis berpikir sejenak dan berkata, “Baiklah, saya akan temukan kamu dengan seseorang. Biar dia yang memberitahu kamu bagaimana cara berjaya dalam hidup ini”. Dengan gembira si pemuda bertanya, “Dimana orang itu saya mahu menemuinya?” Si penulis mengajak pemuda itu ke sebuah bilik, “Dia ada di dalam bilik ini”. Maka pemuda itu pun mengetuk pintu dan segera masuk ke dalam. Namun dia berasa hairan karana tidak ada seorang pun di dalam bilik tsb, yang ada hanya sebuah cermin besar. Lalu si Penulis berkata, “Lihatlah ke cermin itu. Orang yang ada di cermin itu adalah sang penolong yang kamu cari untuk menunjukkan bagaimana caranya meraih kejayaan. Sesungguhnya hanya kamu yang bisa menolong dirimu sendiri, tanpa kamu berani memulai dari dirimu sendiri untuk berusaha dan berjuang maka kamu tidak akan meraih kejayaan!”

Seketika itu juga si pemuda tersedar, “Terima kasih sang penulis. Saya akan berusaha lebih tekun dan mengendalikan diri sendiri untuk mempraktikkan teori yang telah saya dapat dan pelajari! Hidup adalah rangkaian aktiviti yang kita lakukan setiap hari, kalau perasaan malas menguasai, tidak disiplin, bimbang, ragu2 dan lain2 sebagainya menguasai diri kita , tentu nasib buruklah yang kita dapat. Berjaya bukanlah teori, sebagai manusia yang telah di kurniakan segenap kelebihan-kelebihan oleh Tuhan, kita harus berani mengembangkan diri dan mengendalikan diri sendiri untuk berfikir, bergerak dan berjuang.Kalau mental kekebalan telah kita miliki, dan tidak betah dalam menghadapi kesulitan hidup, berani belajar dalam setiap tindakan yang kita ambil, maka pasti nasib kita akan berubah dan meraih kejayaan yang membanggakan.

Oleh itu moh kita mengadap cermin sayang.......hehehe

Rabu, 7 September 2011

~ FRENZ FOREVER...........~



Hari ni aku nk share mengenai "KAWAN"............

Kata mak,
KAWAN tu ibarat LEBAH,
habis madu sepah dibuang.......

Kata abah,
KAWAN tu umpama BUNGA ROS,
dipandang cantik dipegang sakit.....

Kata atuk,
KAWAN tu seperti AIR,
terus mengalir.....

Kata nenek,
KAWAN tu BAK BULAN
dipuja dan disanjung tp nun jauh disana....

Kate sedare,
KAWAN tu mcm MAKANAN,
KAWAN makan KAWAN!!

Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam DURIAN
bau je busuk tp sedap dimakan....

Kata adik,
KAWAN tu macam BISKUT
sekejap ade sekejap takde.......

Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
Dia tetap KAWAN...

Walaupun satu ketika dulu aku pernah terkecewa yang teramat sgt KERANA KAWAN......bila luka ni dh sembuh parutnye susah bbenor nk ilang........ngehngeh....:))

Sabtu, 3 September 2011

~ RAYA 2011 DALAM KENANGAN......~

Salam semua,

Walaupun masih dalam tahap kemalasan yg tinggi aku tetap nk update juga status album raya selagi mood raya masih ada...... macam korang juga kanssss....

Raya tahun ni sambutan agak sederhana memandang Balkis akan menduduki exam UPSR so tak blh raya lebih2. Aku cuma pulang bercuti selama seminggu sahaja. Seperti biasa tiap2 tahun mesti ada tema pakaian yang aku tetapkan. Tahun ni tema keluarga aku adalah warna purple. Tapi kalau korang tengok album raya baju aku yang clr nye agak berlainan iaitu warna pink......ni kes lambat bali baju so jumpe banyak yang tak berkenan. Hantam sajalah.....

Wlubagaimana pun Raya 2011 tetap dalam kenangan.......jom gi open hse.....hehehe









Jumaat, 26 Ogos 2011

~ Balik Kampung......yeayyyyy ~


Entri kali ni masih lagi berbaur raya lagi... selagi belum raya...modal aku tetap bercerita benda yang sama...jgn bosan yea nk baca....biasalah bila pandang jiran depan belakang kiri kanan semuanya dah mula buat persiapan mahu pulang ke kampung...aku tetap rilex seperti biasa beg besau pun masih lagi diatas almari. Sebahagian baju2 raya semuanya sudah di gosok dan digantung...jangan tertinggal sudah mau beraya pakai t.shirt je ni nanti.....

Kali ni aku nk bercerita suasana kemeriahan menyambut hari raya. Seperti biasa bila tibanya perayaan. Kami salalu memasang lampu lip lap mengikut kreativiti masing-masing. Kalau yang rajin sikit tu siap pasang pelita lagi keliling rumah bagi nampak meriah sikit kan barulah mood raya tu semakin membuak-buak. Macam berlawan2 gitu...lawan lampulah yea....setahun hanya sekali...

Kalau beraya tiada bunga api memang tak sah. Memenuhi permintaan anak-anak aku orderlah juga bunga api dan sedikit mercun. Janji cukup syarat2 yang aku tetapkan jgn bermain sampai merbahayakan diri sudah.....mau menangis tak berlagu nanti..Pada teman2 yang sudah bertolak atau masih dalam perjalanan tu berhati2 memandu biar lambat janji sampai....jangan skodeng2 yea.....AKU MASIH NAK NIKMATI SUASANA KOTA KORANG BALIKLAH DULU....hehehe




Rabu, 24 Ogos 2011

~ MANA KAD RAYA AKU.......~


Buka je blog tgok amboi cantik2nya kad raya zaman ini. Siap berlagu2 lagi. Bercerita mengenai kad raya aku teringat masa zaman sekolah dulu-dulu. Asal tengahari je mesti aku sibuk menunggu posmen lalu didepan rumah kalau2 ada kiriman kad raya untukku. Dahulu sekiranya siapa yang mendapat kad raya paling banyak dikira paling popularlah tu. Tambah-tambah lagi kalau mendapat kad yang berbunyi atau berbau wangi mesti tersenyum lebar sbb mestilah kad tersebut kiriman dari si buah hati atau secret admire gitu......

Kad raya yang diterima dari berbagai bentuk dan saiz lagi kreatif tu akan digantung di dalam rumah. So tetamu yang datang sempatlah menjeling amboi banyaknya kad raya ni kembang kuncuplah aku waktu itu......hehehe. Sebab itu kalau jumpe kekawan je sibuk aku meminta alamat agar nanti senanglah nak menghantar kad raya konun. Niat asal kalau dah terima pandai2lah tahu membalasnye.....hehehe taktik tu....

Tetapi sejak 2 menjak ni teknologi internet semakin berkembang, tradisi mengirim kad raya semakin berkurangan pulak. Silap haribulan nanti alamat bungkuslah pengusaha-pengusaha kad raya. Kalau kita tengok semakin berkurangan kedai2 menjual kad raya. Kalau dahulu nk memilih kad raya pun boleh pening sebab melihat kad raya yang cantik2. Dengan teknologi yang canggih kita lebih senang mengirim ucapan melalui sms atau melalui laman facebook atau twitter dan bermacam jenis laman yang menjimatkan masa dan juga kos.....

Nostalgia lama semakin dilupakan......atau nanti akan lenyap terus....entah kenapa tahun ni aku hanya menerima 2 keping kad raya itupun dari boss ku sendiri....huhuhu mana pi semua kawan cheq ni.....

Isnin, 22 Ogos 2011

~ DODOL SUNGGUH PUN KAU HITAM......~


Oleh kerana musim perayaan semakin dekat biarlah coretan aku kali berkisar kisah2 yang sewaktu dengannya....hehehe. Kali ni aku hendak bercerita mengenai kueh raya traditional yang agak popular iaitu "kueh dodol". Bercerita mengenai dodol aku memang salah seorang penggemarnya. Dodol adalah kueh traditional yang bukan sahaja sedap tapi untuk membuatnya juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Masa dulu2 pernah juga aku menolong emak mengacau dodol tapi aku hanya mengambil bab mengacau masa dodol tersebut masih lagi cair. Bila sampai je waktu pekat tu cepat-cepatlah aku lari kedepan.....curi tulanglah tu....x sanggup rasanya aku mengacau waktu pekat nanti segala macam peluh yang akan keluar nanti.....hehehe. Untuk menyiapkan dodol tersebut mengambil masa yang agak lama dari pagi sampailah ke petang barulah hasilnya tidak mengecewakan.....Menurut emak kalau hendak lagi bertambah sedap masukkan je durian...hmmmm baunye aje menyelerakan.....itulah yang dikatakan dodol asli buatan kampung.

Tapi dari masa kesemasa keadaan semakin berubah dan moden. Hendak membuat dodol tidak lagi susah sepertimana dahulu. Dengan adanya mesin yang canggih pembuatan dodol menjadi mudah dan cepat dengan menggunakan kuasa elektrik....tapi senang cerita kalau hendak paling cepat pergi jelah membeli di mana2 kedai yang rata2 menjual di musim perayaan. selalunya dodol yang dijual tidak tahan lama dan rasanya juga tidak sesedap mana. Adakalanya kita akan mendapat dodol yang sudah pun berkulat.....berhati-hati sekiranya hendak membeli dodol. Tak perlulah aku tuliskan resepi yea pada korang yang beminat atau rajin nak membuatnye tu silalah ke lama internet untuk mendapatkan resepi..itu pun rasanya sanggup ke korang nk gunakan kudrat yang ada untuk mengacaunye.....penat tu...hehehe

Ahad, 21 Ogos 2011

~ Belanja berhemah di musim perayaan.....~



Sambil duduk menatapi helaian-helaian surat khabar hari ni tertarik aku pada iklan jualan hari raya di sana sini....Ada satu pertanyaan yang sering bermain difikiranku mengenai kebiasaan berbelanja yang berlebihan yakni over budjet. Selalunya kita akan over budjet bila meraikan satu2 satunya perayaan. Sesetengah menganggap habit ni dipanggil hobi. Biasanya, hal ini terjadi tanpa disedari contohnya keinginan ingin membeli timbul hanya kerana melihat tanda harga diskaun atau kerana tarikkan sesuatu benda....Aku juga pun salah seorang dari kategori ini yang sering lupa dan alpa bila aje memandang ada jualan sale.....

Sudah menjadi kebiasaan setelah kita membeli barulah terasa menyesal perlu atau tidak benda tu digunakan atau sekadar menjadi penghias almari. Kenapa perlu kita menghabiskan wang untuk beli itu atau ini yang ternyata tidak terlalu banyak manafaatnya.


Alangkah bagus sekiranya kita pandai mengendalikan kewangan kita mengikut keperluan dan berbelanja seadanya. Bersamalah kita bijak mengendali kewangan untuk mengelakkan kekeringan poket sementara nak menantikan gaji seterusnya.......Peringatan ini buat teman2 dan juga diriku jua.....hehehe

Sabtu, 20 Ogos 2011

~ Hari Raya kau datang lagi....... ~



Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya. Rasanya semua diantara kita pasti sudah menyiapkan berbagai persiapan bagi menyambut hari raya. Aku hanya bersiap sekadar mampu. Terlebih tidak berkurang pun tidak. Begitu cepat masa berlalu dan tidak lama lagi syawal akan melabuhkan tirainya. Tiba-tiba teringat suasana hari raya ketika remaja dulu. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Lebih-lebih lagi bagi kita yang pernah menyambutnya sebagai kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kehadiran pasangan dan anak-anak kemudiannya semakin memeriahkan, meskipun ramai yang mengatakan raya sebagai individu dewasa tidak semeriah dulu.

Semoden mana sekalipun pemikiran seseorang, apabila tiba hari raya pasti dipenuhi nostalgia lama. Terutama menyentuh bab makanan. Pada hari rayalah, semua orang mahu kembali ke zaman silam. Mahu menikmati keenakan juadah tradisi peninggalan nenek moyang kita. Menikmati juadah dodol buatan sendiri, ketupat, lemang, lontong dan juga berbagai jenis rendang pada pagi raya, itulah keistimewaan hari raya yang tidak boleh dibandingkan dengan hari-hari biasa.....bestnyekan....

Kini kenangan bermain bunga api digantikan dengan memori menyediakan juadah buat keluarga tercinta. Begitu juga yang menjadikan agenda balik kampung sebagai satu kemestian....pada yg tiada kg pasti beraya di bandaraya suasananya jauh sama sekali berbeza. Memandangkan kg suamiku di Kuala Lumpur, aku pernah sekali beraya disini. Nak menangis pun ada.....hehehe.

Bagi pasangan yang berlainan negeri terpaksalah buat undian ya. Mungkinkah ada peristiwa isteri mahupun suami yang merajuk kerana saban tahun terpaksa menghabiskan masa pada hari raya kedua untuk berada di kampung pasangan. Adalah yang menangis..uh..uh kesiannye...tak mengapalah yang penting tetap beraya dikg.

Tapi aku juga paling beruntung setiap tahun pasti aku akan pulang berhari raya dikg ku........Terima kasih pada kedua mertuaku yang begitu memahami.....

Jumaat, 19 Ogos 2011

~ BALASAN MELEWATKAN SOLAT ~


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Catatan ni aku kutip dari laman internet untuk renungan dan ingatan kita bersama..........

Khamis, 18 Ogos 2011

~ KISAH KASUT TUMIT TINGGI......MENCANAK GITU......~



Pepagi ni aku bercerita pasal kasut tumit tinggi u......

Kebanyakan ppuan memang sesuka sangatlah pakai high heels. At least mesti ada keinginan nak ada high heels ni. Betul tak betul tak? yes mestilah betul sebab aku pon same dari dulu spai sekarang asal ke sogo je tempat yang mula2 aku singgah mestilah ke tingkat 3...sbb disitu ada bmacam jenis hheel yg menjadi kegemaran aku dari yang 1 inci hingga lah ke 7 inci pun ada....itupun kome larat nk menangggung ketinggiannye yang mencanak gitewwww......hehehe

Selalunya yg bermain dlm fikiran mana2 ppuan yang nak berhigh heel ni mesti terfikirkan "Tak risiko ke pakai high heels yang berinci-inci ni???". Kena pulak tapaknya yang halus mak oiiiiiii....klu kena pijak mau tersusuk kedalam kanssss. Untuk mereka yang first time pakai, akan rasa sakit kat tumit, kaki melecet sampai 2-3 ari, lenguh-lenguh kaki. Antara fakta lain pulak, boleh jejaskan kesuburan wanita, jadi punca rambut gugur, menyebabkan kesakitan bukan hanya pada kaki malah pada anggota badan yang lain antaranya bahagian pinggang. Aku ni wlu dh tahu akibat dan kesannye tak serik2 itu jugak pilihan aku....mmang degilkan....

"So, adakah berbaloi kita sakit untuk nampak bergaya??"
Jika korang rasa berbaloi, fikirkan sekali lagi. Kalau tengok dari rupa, cantik memang lah cantik. Harga pon 'cantik' jugak. Kalau dah beli sampai 50 pasang, haihh kaye betol. kat situ dah berlaku pembaziran dan cuba bayangkan kalau orang susah tengok kite punye kasut bersamaan dengan perbelanjaan mereka untuk sebulan....

"Masih rasa nak pakai high heels ni?"......JAWAPAN AKU NAKKKKKKKKKK.....AKEKE TAK SERIK2...SO JANGAN IKUT AKU YEA.......SAKIT TANGGUNG SENDIRI....


~ BERJALAN BERTATIH.......~

Kaki tua itu mulai bergerak
Menyusuri jalanan sempit
Tak lelah dia tertatih
Tak lelah dia terjatuh

Tak ada satu matapun tertuju padanya
Tak melirik satu pandangpun padanya
Tak tersapa satu ucappun untuknya
Tak ada senyum secuilpun untuknya

Tapi kaki itu tetap melangkah
Merajut perjuangan demi setapak
Menuju satu arah yang pasti
Dengan satu niat yang bulaT

Ahad, 15 Mei 2011

MENJADI INSAN YANG PEMAAF



Salam..

Aku kembali lagi...tetiba nak tulis mengenai tajuk ni...setelah lama menyepikan diri....Bukan merajuk diri tapi merajuk hati....hati yang luka akan tetap sembuh tapi parutnya akan tetap ada.....ok aku akan sambung nukilan seterusnya.....

Dalam kehidupan, kita sebagai seorang insan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan... Bila kita sedar bahawasanya kita telah melakukan kesilapan, kita seharusnya cepat - cepatlah memohon sebuah keampunan dan kemaafan... Insyaallah, semuanya akan kembali seperti sediakala selepas itu...

Walaubagaimanapun, kadangkala sukar bagi seseorang itu untuk memaafkan individu tersebut terutamanya jika kesalahan yang dilakukan sangat besar... Kadangkala, kita masih terbawa - bawa permainan emosi itu sendiri walaupun kesalahan yang dilakukan telah bertahun - tahun lamanya...

Perbuatan memohon maaf dan memberi sebuah kemaafan itu adalah sangat mulia... Namun, kemaafan itu perlulah diberikan kepada mereka yang benar - benar ikhlas ingin mendapatkannya... Ini kerana, sebuah kemaafan itu adalah sangat mahal dan bernilai.

Untuk menjadi seseorang yang pemaaf, kita perlulah banyak bersabar... Ini kerana mereka yang lebih sabar akan lebih mudah untuk memaafkan dan melupakan setiap kesilapan yang dilakukan...

Mereka yang ingin memaafkan seseorang juga perlulah menghilangkan setiap perasaan benci dan dendam dalam diri mereka... Jangan sesekali membalas perbuatan jahat mereka kerana ia pasti akan memburukkan lagi keadaan...

Kemaafan perlulah diberi dari hati yang ikhlas... Mungkin untuk kali pertama, ia agak sukar untuk memaafkan individu tersebut tetapi, percayalah, lama kelamaan, perasaan marah itu akan hilang sedikit demi sedikit dan kemaafan yang datang dari hati yang ikhlas dapat diberikan...

Jadi, sama - samalah kita berusahalah untuk menjadi seorang insan yang pemaaf... Sedikit sebanyak, aku turut mengingatkan diri ini... aku akui kadangkala agar sukar untuk memberi sebuah kemaafan tetapi aku percaya siapalah diri ini untuk tidak memberikan sebuah kemaafan... Semoga dengan kemaafan yang diberi mampu menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya... Insyaallah..

Isnin, 31 Januari 2011

MUDAHNYE MENJADI SIHAT SECARA SEMULAJADI...


Saya yakin ramai di antara kita yang selalu stress, tertekan, terhimpit, tersepit dan semua yang sama makna dengannya. Ini perkara normal dalam kehidupan.Siapa tidak pernah stress? Siapa tak pernah kecewa hatta marah dan sakit hati???Kehidupan tidak sempurna tanpa semua itu..Tetapi tahukah anda kita juga boleh kawal semua hal-hal negatif ini dengan cara semulajadi.

Antara perkara yang boleh kita amalkan atau sepatutnya kita elakkan :-

1) Kamu selalu berkerut?
Mesti ramai yang suka mengerutkan dahi atau menarik kedua belah kening hingga bercantum seolah-olah memikirkan masalah negara di bahu mereka.Jangan...jangan buat macam tu. Selalu kerutkan muka alamatnya cepatlah berkedut...Nak kulit cepat kedut? Nak cepat nampak tua??Senyumlah selalu dan ketawalah dengan lebih kerap. Senyuman itu tanda kebahagiaan dan ketawa itu tanda kegembiraan. Automatik jiwa pun segar, fizikal pun segar dan sihat!

2) Kamu suka merungut?
Ha......ini memang skill ramai orang..terutama yang mulutnya tak pernah duk diam...Mulut yang tak ada button OFF. Tak letih ke mulut tu merungut-rungut. Orang yang terpaksa dengar ni pun letih telinga menadah tau. Lama-kelamaan kita pun akan terpengaruh dengan kawan yang negatif macam ni. Lebih baik cari kawan yang ceria dan berfikiran positif. Kamu tau tak kalau asyik merungut boleh menjejaskan kesihatan mental.

3) Belajar sampai mati
Jangan biarkan otak kita ‘bermalas-malasan’ dan selalulah berikan cabaran baru untuk diri sendiri. Tahu tak, kalau otak ni dah diamalkan sentiasa malas berfikir malas berfungsi, lama-kelamaan boleh jadi nyanyuk atau otak kita akan berada dalam keadaan kurang upaya. Tak perlu pergi daftar kat universiti, atau tak perlu terkejar-kejar berpuluh-puluh sijil atau ijazah. Cukuplah sekadar mempelajari perkara baru yang kita suka. Sebagai contoh, kita boleh belajar menari, berkebun, membuat kraftangan malah mungkin ada yang ingin belajar berblogging. (Kamu ingat jadi blogger ni tak perlu pakai otak ke??? huhu)

4) Kamu suka ke pantai?
Sesuai sangat untuk mereka yang tinggal berhampiran pantai (cik dya laa sape lagi.. hehe) Ada yang suka bersenam di gim, tapi apa salahnya sekali sekala ubah rutin kamu dengan berjogging di tepi pantai. Syok habis! Angin pantai yang bertiup boleh menyegarkan minda. Pemandangan di pantai pun menarik. Bunyi ombak pun mendamaikan jika dihayati. Sambil berjogging boleh menjernihkan fikiran yang kusut. Jadi, badan sihat otak pun sihat kan?

5) Jangan bela bakteria atas katil.
Suka sangat ke ternak bakteria dan kuman atas katil? Tak suka kan? Jadi, amalkan memcuci cadar, sarung bantal, selimut dan apa saja fabrik atas katil kamu itu dengan air panas. Bukan hantar dobi. Hehehe. Amalkan seminggu sekali pun dah ok. Tempat tidur yang lebih bersih dan tenang boleh menjadikan kita sihat. (Bayangkan kamu tidur di lorong-lorong gelap...orang macam tu sihat ke?)

Dan yang terakhir
SENYUMLAH !!!
Lemparkan senyuman manis kamu pada semua orang hari ini.

Kalau kamu gembira, orang sekeliling pun akan turut bahagia.
Kebahagian boleh disalurkan dengan hanya senyuman manis dan ekspresi muka yang ceria.

AKU PUN TAK BRAPA SIHAT HARI NI TAPI SENTIASA TERSENYUM MANIS GITU......HAHA

Ahad, 30 Januari 2011

KESALJUAN IMAN


Dalam mengasuh iman
aku sering terpinga pinga
melihat diriku yang serba kekalutan
sekejap gelut dan leka
tatkala menang ..dan tatkala tewas
aku lihat adanya diriku ..

berlegar antara ahmak dan takut
antara mengulam dan terkapar kapar
kebuntuan dan kelesuan ...
dunia yang aku heret ini
bersama hancurnya hati
dapatkah aku kaut diriku yang
telah dirobek kejiwaannya ..
aku meraung penuh dengan tenaga
mencari maknanya ketenangan ...
dalam kecewa yang luluh,
marah menjadi raja
buatku kian terpinga dan tertanya tanya,
hakikat aku yang kemarau kasih pada mu tuhan
kurantau mencari cahaya kalbu yang belum
tentu menjadi terang ...
sabar .. sabar dan aku mesti
mengawal kesabaranku,
kudakap rapat di kehujung nafasku
ah !!! aku masih lagi mengeluh
bila tika masa hatiku menyoal
hatiku berderai pelita hidupku kian malap
iman yang aku asuh menjemput jemput..
aku bersyukur kehadratnya
iman yang aku dakap
menuntut aku reda dengan cubaannya
ada was was yang gerun mengancam
aku lalu bermohon dari rempuhan
nafsu yang datang bagai deruan ombak ganas,
menghempas dan merampas keutuhan
perjuanganku dari bahang panas kehidupan
ketabahan yang berdehem dehem aku himpunkan
lalu hilang ghaib seperti ..
aku dikabus awangan kelam
hanya kau yang esa ya tuhan tersemat dalam
lukisan hatiku ..
ku bertakwa dibawah payung nur kasihmu ..
dari hidupku menjadi rosak binasa ..
tuhan .. aku benar benar ingin kembali ..
bersama hamba hamba mu yang setia ..

(nukilan ni aku copy dri laman internet......)

Sabtu, 29 Januari 2011

@I-CITY

Sekarang heboh di sana sini org bercerita mengenai i-city. Aku pun teruja juga hendak kesana. Seperti biasa kami sekeluarga menghabis malam minggu ke i-city. Oleh kerana tempat tinggalku hanya di shah alam. Perjalanan ke sana hanya memakan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Untuk memasuki ke bandar i-city bagi yang berkenderaan perlu membayar rm10 terlebih dahulu...Bagi aku yang menjadi masalah ialah masalah parking. Kebetulan agaknya masa tu mlm minggu banyak betul kenderaan yang ke sana. Memang cantik tempat tu dengan kerdipan lampu yang berwarna warni di sana sini...Dengan h.heel 3 inci naik lenguh juga aku menapak dari satu tempat ke satu tempat untuk menikmati keindahan warna warni lampu....cuma bagi aku ada satu je kkurangan sbb tidak di sediakan tempat duduk untuk berehat...Setelah puas berjalan kami menjamu selera dia "apple bistro".......

DI BAWAH KERLIPAN POKOK LAMPU...



SEMPAT BERPOSING DGN ANAK2KU....





MJAMU SELERA DI APPLE BISTRO.....

HCMIN MENGAMIT MEMORI

Setelah penat bekerja ssekali kena gak bercuti. Kali ni aku bercuti bersama teman2 ke Negara Vietnam. Ho Chi Min menjadi tumpuan. Kump. kami kali ni agak ramai juga. Selalu aku bcuti dlm kump. yang kecil. Oleh kerana aku tak pernah kesana takut juga nk pergi bersendirian so aku pun menyertai group diorg. Tak kisahlah yg penting aku dapat kesana. Penduduk disana kiranya tak semewah kita di Malaysia....Menjadi masalah juga untuk mencari makanan halal. Pantang je tahu ada restoran halal kami terus pergi dengan berpandukan sedikit maklumat dari staff di hotel tempat kami tinggal. Ada juga aku belikan sedikit ole2 untuk keluargaku...tpi yg paling aku rasa terkilan sbb disebelah hotel ada SPA. Aku ni pantang je jumpa pusat spa mesti je nk cuba urutan2 gaya orang2 disana....Ada sedikit gambar yg dapat aku sertakan utk tatapan semua.......

DI AIRPORT VIETNAM



MEMBELI BELAH DI SALAH SATU KEDAI...



DISEKITAR HCMIN



SEMPAT JUGA DIORG TEMPAH BAJU TRADITIONAL VIETNAM


Jumaat, 28 Januari 2011

CUTI2 MALAYSIA

Bila tibanye cuti sekolah mulalah pening hendak melayani kerenah anak2 yang sering merengek minta dibawa bercuti. Aku sering ditempelak oleh anak2 yang asyik komen je mama ni asyik bercuti dengan kawan2 mama je. So cara terbaik untuk memuaskan hati mereka aku membawa mereka ke tempat yang paling dekat. Nak bawa ke luar negeri kopeklah poket aku nanti. Asben tak byk komen. Dia ikut je......Tak lain tak bukan aku mlembawa mereka ke Batu Feringghi P.Pinang je. Sekurang-kurangnya happy juga diorg....hehe

HAKEEM & BALGIS TENGAH MAIN ARI.....


AKU HYA MNJADI PMERHATI JE....



MASIH SEMPAT BER'FB' DI TEPIAN PANTAI.....HEHE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...