THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 22 September 2011

~ JENG2....JOM BERCUTI.....~


Salam semua,

Kembali memeriahkan blog sendiri lagi....menulis dan bercakap sorang2 dan menaip mengikut kata hati. Bulan depan dan seterusnye sehingga penghujung tahun masaku dipenuhi dengan bercuti. Bagi aku dengan bercuti dapat menghilangkan keletihan setelah penat bekerja sepanjang tahun. Tambahan pula aku ni mamang berminat berjalan-jalan ke negara lain sambil menghayati culture kehidupan mereka. Tapi tempat yang hendak aku lawati tu mestilah memenuhi kehendak aku. Kalau boleh biarlah ada tempat shopping barulah happening sikit....kuikui.

Memandangkan percutian aku diuruskan oleh sendirian berhad dan di organise oleh sapa lagi kalau bukan haku.....ni semuanya dibuat mengikut kemampuan aku. Mana2 yang agak sangsi tu aku cuma survey di internet. Setakat ni semua tiket flight ke destinasi sudah pun dibeli termasuk dengan penginapan sekali. Selalunya aku lebih selesa bercuti bersama kawan2 dari bercuti bersama family kerana tak perlu nk fikirkan hal anak2...macam org bujangkan..betapa seronoknye....hehehe. Baru2 ni pun wife boss mengajak aku ke negara Korea utk bercuti bersama beliau...alahai tahu2 jelah kalau bercuti bersama datin mau fening nk melayan....pandai je aku memberi berbagai alasan....jahatkan aku ni... so klu sapa2 ada yang berminat nk mengikut pakej percutian aku tu kenalah berbaik2 dengan aku...hehehe gurau petang.....jom kita bercuti.....

Sabtu, 17 September 2011

~ Kek Kukus Coklat Moist....~


Walaupun hari ni aku ada byk jemputan open hse.....satu pun aku tak pergi...terukkan..ginilah perangai aku kalau dah malas, kepala pun berat ajaklah macamana pun ada je alasan lapuk yang aku kasi...mungkin lepas ni orang pun tak hingin nak ajak aku lagi.....hehehe. Bagi aku yg bekerja rasanya waktu cuti macam nilah aku lebih selesa duduk dirumah sambil melayan anak-anak dan suami. Tengah baik punya rilex balqis dah kuarkan tepung kek minta aku buatkan kek kukus coklat. Mau tak mau aku tetap buatkan juga demi memenuhi selera anak-anak....

Resepi Kek Coklat Kukus aku ni simple je tapi rasanya memang sedap. Tak perlulah ke kedai kek hanya sekadar nak makan kek coklat baik buat sendiri kerana bukan susah sgt...dan amatlah mudah dan senang especially bagi yang tak berapa pandai sangat memasak macam aku ni hehe.....Setiap kali aku buat anak-anak selalu puji sedap kek mama.....

So sapa2 yang rasa nak resepi tu silalah inbox yea....bukan jual mahal takut korang punya resepi lagi best.....hehehe

Khamis, 15 September 2011

~ Kecantikan Wanita....~


Bila disebut perkataan cantik sudah sinonim akan dikaitkan dengan wanita...semua wanita akan teruja termasuk aku juga. Berbagai produk yang ada dipasaran telah diiklankan dengan tujuan untuk menarik perhatian para wanita membeli produk tersebut. Bila disebut harganya ada yang sanggup berhabisan bukan setakat ratusan malahan ribuan pun ada yang sanggup asalkan apa yang diinginkan menjadi kenyataan. Kadangkala bila difikirkan betapa ruginya andai wang tersebut kita labur atau simpan di unit amanah tentulah berganda-ganda hasilnya. Itu dari pandangan luaran mengenai kecantikan wanita.

Apa yang aku nak sharekan bersama disini....sedikit ungkapan kecantikan wanita dari sudut yang berbeza. Kecantikan wanita bukan terletak pada wajahnya yang ayu dan jelita, bukan pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya tetapi kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang, pada kecantikannya yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu serta kecantikan pada budinya yang luhur yang sanggup menghadapi dikala kesusahan mendatang....itulah kecantikkan sebenar-benarnya seorang wanita solehah.......

Rabu, 14 September 2011

~ PENAWAR BISA DIRI......~


Kelebihan Bismillah 5

Cara mengamalkan bismillah 5:-

Ambil segelas air, baca bismillah 5 ini kemudian hembus ke air itu dan minum. Insyaallah penyakit akan berkurang.

Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un 'alim

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Mari kita amalkan......Insyaallah

~ Bikin Jamu sdiri....~


Entah kenapa malam2 ni aku nak entry pasal "JAMU" pulak...... Sudah menjadi kebiasaan setiap mlm aku pasti aku meminum jamu pasang siap...dlm erti kata lain jamu yang telah dikapsulkan....Kalau nak bercerita mengenai jamu ni rasanya tak semua wanita masa kini yang berminat untuk meminum jamu. Kebanyakkannya lebih senang mengambil vitamin untuk kesihatan diri. Sebenarnya khasiat jamu ini tidak kurang hebatnya. Sebelum tu aku nak maklumkanlah yang aku ni bukan penjual jamu yea....hehehe

Sebenarnya kita boleh membuat sendiri jamu yang kita perlukan. Banyak bahan-bahannye yang digunakan memang barang yang kita dapati di pasar2 tani seperti halia, kecur, serai, kunyit, bawang merah, bunga cengkih, beras, limau dan daun sireh.

Bahan-bahan yang sentiasa kita beli untuk kegunaan harian ini ada khasiat yang boleh dimanafaatkan menjadi bahan jamu. Umpamanya halia boleh memanaskan badan dan menghilangkan angin; serai boleh dicampur dengan sireh untuk menghilangkan bau badan; dan kunyit boleh menghilangkan gatal serta menyembuhkan luka.

Barang keperluan seharian mudah dijadikan jamu dan boleh dimakan/minum secara teratur untuk mengatasi masaalah atau menjaga kesihatan badan. Kita hanya tinggal menumbuk atau mengisarkannya dan diamal makan/minum setiap hari mengikut keperluan. Ini adalah lebih baik kerana kita buat sendiri secara segar dan tidak mempunyai bahan awet.

So selamat mencoba......eham eham....

Selasa, 13 September 2011

~ Redha menerima ketentuan.....~


Salam semua..
hari ini lambat skit aku nak meng"update" blog ini...al maklumlah dari pagi sibuk menguruskan anak...sbil2 tu ada masa yang terluang sempatlah aku menziarah sahabat2 yang tinggal berdekatan.....masa cuti yg ada eloklah dimanafaatkan....

Kali ni aku hendak bercerita mengenai "Redha" atau dalam erti kala lain pasrah yang sempat aku baca dan mahu dikongsi bersama pembaca blog. Bagiku petikan ini amat menarik dan menjadi pengisian yang amat hebat pada sesiapa yang memahaminya secara mendalam.

Redha bermakna menerima semua suratan takdir dan ketentuan Allah dengan senang hati, ikhlas, lapang dada, bahagia, tanpa merasa kecewa atau marah. Walaupun ketentuan Allah tersebut tidak sesuai dengan keinginan kita dan kadang membawa kita pada kesedihan. Realiti kehidupan memang ada yang membawa kita pada kekecewaan dan kesedihan. Tapi kalau kita redha menerima semuanya dan mengembalikan semua kejadian pada Penguasa Segala Kejadian (Allah), maka kita akan terbebas dari rasa kekecewaan dan kesedihan hingga kita pun mampu berlapang dada menerima kenyataan hidup, redha menerima ketentuan-Nya. Kerana sesungguhnya, tidak ada ketentuan-Nya yang buruk, semua pasti ada hikmahnya, hanya saja memang kadang perlu waktu bagi kita untuk memahami, hikmah apa yang terkandung dalam setiap ketentuan-Nya.

Namun kadang ada orang yang salah persepsi dalam memahami redha dengan suatu pengertian pasrah tanpa usaha. Padahal menyerah pasrah dalam suatu keadaan, yang berupa pasrah secara total tanpa usaha sama sekali, tanpa ikhtiar sedkitpun untuk mencari jalan keluar, adalah pemahaman yang salah dari redha kerana bukan bererti menerima begitu saja segala hal yang menimpa kita tanpa ada usaha sedikit pun untuk mengubahnya.

Jadi, redha menuntut adanya usaha aktif, dan itu sangat berbeza dengan sikap pasrah yang menerima kenyataan begitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Walaupun di dalam redha terdapat makna yang hampir sama dengan pasrah yaitu menerima dengan lapang dada suatu perkara, namun dituntut adanya usaha untuk mengubah kondisi yang ada, misalnya saat kita sakit, kita wajib berusaha dan berikhtiar untuk sembuh dengan cara berubat.

Mudah-mudahan setelah kita mengetahui perbezaan pengertian antara redha dan pasrah, kita tidak akan lagi salah persepsi dalam memahaminya dan semoga kita mampu menjadi hamba-Nya yang redha dalam menerima segala ketentuan takdirnya......amin....

Ahad, 11 September 2011

~ Tip menghadapi peperiksaan.....~


Lagi 2 hari Balqis akan menghadapi peperiksaan UPSR. Aku pun turut merasa debaran dup dap dup dap..... Tambah pula hari ni Balqis kurang sihat dan sudah dibawa ke klinik untuk mengambil antibiotik bagi mengelakkan penyakit berlarutan...

Bila disebut peperiksaan perasaan ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, setelah dibelek2 dlm internet aku terjumpa sedikit petua untuk dikongsi bersama..

Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:

Al-Fatihah 7 kali
Selawat 7 kali
Subhanallah 44 kali
Alhamdulillah 44 kali
Allah hu Akbar 44 kali
Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”


Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut. Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan.

Semoga dengan petua untuk anak2 kita yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan.

Jangan risau2 yea.....insyaallah pasti ada jalan sekiranya kita berusaha.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...